Wednesday, July 25, 2007

Siapa Lelaki Dayus??

Siapa Lelaki Dayus ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita.
Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.

Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.

Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS"
( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda.
Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah.
Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka.
Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami.
Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
17 Julai 2007
p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

Wednesday, March 01, 2006

Cinta

Cinta

Adakah cinta itu ujian dari Allah s.w.t? Minta penjelasan,adakah
bercinta sebelum kahwin itu sunnah Rasulullah s.a.w?

~~~~~~~~~~~~~~reply:

cinta itu adalah fitrah (sifat tabi'iy dalam jiwa manusia). Dengan ada
sifat cinta ini, manusia menguji manusia:

( Katakanlah: sekiranya bapa2, anak2, isteri2 dan kaum kerabat
kamu , harta kekayaan yg kamu usahakan, perniagaan yg kamu takuti
kerugiannya dan tempat tinggal yg kamu sukai adalah lebih kamu CINTAI drpd
Allah dan Rasul-Nya serta jihad pd jalan-Nya, maka tunggulah..." AQT 9:
24 )Cinta itu fitrah (built-in) tapi Allah menguji manusia akan hakikat
cinta sebenar di dunia ini.

Bercinta sebelum kahwin bukanlah sunnah Nabi saw. Apa yg dianjurkan
oleh baginda ialah bolehnya melihat perempuan, menyelidikinya hingga
tumbuh kecenderongan dan bibit cinta. Cinta sebenar berlaku selepas proses
pernikahan. Manakala sunnah Barat, ialah bercintacintun habis-habisan
sebelum kahwin, bahkan bercanda, berpacaran, berSMS, talifon, dating,
dinner, hatta sampai mengadakan hubungan seks, ini bukan ujian tapi bala'
dan malapetaka yg apa dinamakan sexual revolution melanda tamaddun
manusia hari ini.

Maka kita hendaklah kembali sunnah salaf, yg mengiktiraf ujudnya
cinta tapi membentuk cinta murni dalam acuan salaf. cinta inilah
cinta yg sebenarnya.

s2s

Saturday, January 28, 2006

Doa Awal dan akhir tahun

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan.
Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah,
Tuhan semesta alam.

Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita
Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang
mengikuti mereka sehingga kiamat.

Wahai sahabat-sahabatku se-Islam sekalian, takutlah akan Allah.
Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati
ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah
dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah.

Doa merupakan satu anugerah Allah yang telah dikurniakan kepada kita.
Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah saw yang sahih
berkisar mengenai doa ini. Bahkan Allah telah menyediakan pula waktu-
waktu mustajab untuk kita berdoa. Namun kita mesti juga akur bahawa
segala ibadat yang kita lakukan mestilah berlandaskan dalil yang
kukuh dan bukannya akal semata-mata.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan
(contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan
(rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak
mengingati Allah."
Surah Al-ahzab ayat 21

Allah juga telah berfirman:
"Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah
Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redhai Islam menjadi
agamamu."
Surah Al-Maidah ayat 3

Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan perintah kami(Allah
dan RasulNya), maka amalan itu tertolak."
Hadis riwayat Muslim

Imam Syafi'I juga pernah menegaskan dalam kitabnya Ar-Risalah dengan
kata-kata beliau yang masyhur:
"Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik sesuatu amalannya yang
direka), beerti dia telah membuat satu syariat dan sesiapa yang
membuat syariat, maka ia sudah kafir."

Maka di sini terang mengatakan bahawa ibadat itu tidak boleh di ambil
mudah. Hujah akal tidak menghalalkan sesuatu ibadat. Kerana asal
sesuatu ibadat itu haram selagi tidak ada dalil yang mengharuskannya.

Doa Awal dan Akhir Tahun

Insya Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan
mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan
mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal
dan akhir tahun.

Berikut adalah doa yang dimaksudkan:

Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami
Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah,
sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku
belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.
Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau
memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku
memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku
lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala,
maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal
Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau
hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya.
Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam".

Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami
Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah,
Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu
yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada
tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada
syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku
emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke
arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah
daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan
sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang
memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang
sering kelihatan:


Quote:
Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah
mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku
dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan
Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu,
Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah
anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah
mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu
Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan
Zulhijah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada
malam 1 Muharam.

Kami telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta
kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak
membuahkan sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah,
malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya
namun hasilnya serupa, hampa.

Bukan di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari
ulama'-ulama' luar negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi
juga tidak membuahkan hasil. Maka kami telah membuat kata putus
bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas
adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih.

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari
yang beerti:
"Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada
hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak."

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan
awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia
mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi
mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya
tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada
mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang
bermaksud:
"Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka
sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka." Hadis Mutawtir

Ibnu Mas'ud pernah berkata yang bermaksud:
"Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh
Rasulullah saw dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru.
Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh
Rasulullah saw)."

Ibnu Abbas juga pernah berkata:
"Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah.
Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah
anda mengada-adakan sesuatu yang baru."


Kesimpulan

Doa pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak.
Baik di dalam Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu,
terdapat juga sesetengah pihak yang menaylahgunakan konsep berdoa itu
yang sebenar. Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya
mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan
fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya
dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang
sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.

Kami berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut.
Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah
seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana
datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya
sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka
akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat
yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil.

Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
"Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah.
Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-
jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-
adakan itu adalah bid'ah manakala setiap bid'ah adalah sesat." Hadis
riwayat Muslim

Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
"….dan setiap kesesatan itu di dalam neraka."

Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan
hanya pada awal dan akhir tahun sahaja.

Beginilah pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang
mungkin dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih
berkaitan amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya
kami hanyalah hamba Allah yang lemah.

Sekian. Wassalam


Rujukan
Fatwa Islamiyah
-Sheikh Abdul Aziz bin Baz
-Sheikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin
-Sheikh Abdullah bin Abdur-Rahman Al-Jibreen
-The Permanent Committee and the decisions of Fiqh Council
Disusun oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad

Bicara Sufi

Bicara Sufi

Arakian berjalanlah seorang sufi, berjubah putih suci, di wajahnya
terserlah satu ketenangan. Maka bermula safarnya itu di bulan Rejab.
Maka tersebutlah tujuan si sufi itu mengembara adalah untuk keluar
dari kampungnya yang sudah cukup bahagia untuk meninjau-ninjau keadaan
kampung-kampung yang lain. Si sufi ini sebenarnya adalah seorang
hartawan tetapi dia juga seorang dermawan. Terkenallah namanya di
seluruh kampungnya itu sebagai seorang kaya yang budiman. Bukan itu
sahaja, ghalibnya saban hari, saban malam ia memberi tunjuk ajar
kepada penduduk kampung akan tentang agama allah yang suci. Setelah
dilihatnya penduduk kampungnya itu sudah mampu meneruskan hidup
berlandaskan jalan Al-Quran dan Sunnah maka ditinggalkanlah beberapa
orang pemuda yang alim tentang kalam Allah dan sabda Rasulullah SAW
sedangkan dia mahu mengembara ke kampung-kampung lain.

(1)
Ketika sedang meneruskan safarnya itu, maka dahagalah tekak si sufi
lantaran tidak meneguk air sejak subuh. Mencari-cari oleh sufi itu
akan kedai-kedai yang menjual minuman dan makanan. Peliklah di hati
sufi ini lantaran melihat tiada bukanya kedai makanan dan minuman di
kampong itu. Si sufi pun meneruskan langkahan kakinya walaupun haus di
tekaknya semakin mencengkam. Sedang dalam lelah dia berjalan,
terlihatlah dia akan sebuah perigi wakaf. Giranglah hati si sufi. Maka
berlarilah si sufi kearah perigi tersebut. Di dalam perigi itu,
terlihat pula air yang jernih lagi suci. Maka si sufi pun mengambil
timba lalu diceduknya air perigi tersebut. Tanpa lupa menyebut nama
Allah maka diteguklah oleh si sufi akan air itu sepuas-puasnya. Ketika
sedang dia menikmati nikmta air yang menyejukkan itu, terkejut pula
dia dengan satu herdikan yang keras. Berpalinglah si sufi ke belakang
lantaran ingin melihat siapakah gerangan yang menengkingnya itu.
Terlihat oleh si sufi akan seorang lelaki gempal, berjuabh hitam,
matanya merah seperti naga. Maka si sufi pun memberi salam. Tapi
salamnya tidak disambut oleh lelaki tadi. Bukan sahaja tidak di balas
salam si sufi itu, malah diherdiknya pula:

" Sungguh kurang ajar tuan ini, berpakaian sahaja seperti seorang alim
tapi tak tahu adab sopan," berkata si lelaki berjubah hitam tadi.

Terpinga-pingalah si sufi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal
yang ditutupi oleh kopiah putihnya itu. Maka bertanyalah si sufi akan
kemusykilan yang semakin menebal di dalam dirinya:

" Apakah sebab tuan terlalu marah kala melihat saya meminum air di
perigi ini sedangkan setahu saya ini perigi yang di wakafkan untuk
orang ramai yang memerlukannya?" soal si sufi memohon kepastian.

" Engkau ini nampak sahaja alim tapi jahil rupanya. Apa kau tidak tahu
ini bulan Rejab, bulan Allah. Kami di kampung ini berpuasa untuk
mendapatkan ganjaran-ganjaran yang berlipat kali ganda. Sesiapa yang
tidak berpuasa di bulan ini sesungguhnya dia itu manusia yang hina tak
tahu bersyukur," terang lelaki berjubah hitam itu dengan penuh semangat.

Bertambah terpinga-pinga si sufi. Maka lelaki berjubah hitam itu
menyambung lagi kata-katanya. Berkata lelaki berjubah hitam itu akan
fadhilat-fadhilat yang banyak di bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Di
terangkannya bahawa bulan Rejab itu bulan Allah, bulan Syaaban itu
bulan Rasulullah SAW dan Ramadhan itu pula bulan untuk umat. Maka
fahamlah akan si sufi apa yang lelaki berjubah itu perkatakan. Tahulah
dia yang lelaki berjubah hitam dan penduduk kampung itu sudah terkena
penyakit fadhilat. Teringatlah si sufi akan pesan guru mursyidnya yang
terkenal dengan gelaran Muhaddith. Gurunya pernah berkata di zaman
dahulu kala tersebutlah segolongan manusia yang mereka-reka sabda
baginda Rasulullah SAW atas nawaitu untuk mengajak manusia menyucikan
diri daripada dosa-dosa dan mentaqarrubkan diri yang jauh kepada
Allah. Atas nawaitu yang suci itu, maka tersilap langkah pula mereka
dengan mencipta sabda-sabda baginda SAW yang baharu. Maka tersebarlah
sabda-sabda palsu itu ke seluruh masyarakat hatta mereka yang alim pun
terkhilaf manakah sabda Rasulullah SAW yang sebenar dan mana pula
sabda rekaan.

Maka tahulah si sufi ini bahawa penduduk kampung ini sudah terpesong
mengikut sabda-sabda dan qaul-qaul yang dhaif bahkan palsu jua. Maka
berkatalah si sufi membuka bicara:

" Tidak tahukah tuan bahawa kebanyakan fadhilat-fadhilat yang tuan
sebutkan itu qaul yang dhaif bahkan ada pula yang dusta. Tidak
takutkah tuan akan amaran baginda SAW bagi mereka yang berdusta di
atas nama baginda SAW. Sesiapa yang berdusta di atas nama Rasulullah
SAW berdosa besarlah dia dengan sebesar-besar dosa."

Bertukar lah air muka lelaki berjubah hitam itu. Marahnya bukan
kepalang lagi. Mahu sahaja ditempelengnya muka si sufi itu. Dengan
bengisnya maka berkata lelaki berjubah hitam itu:

" Ah apakah engkau ini wahhabi ataupu salafi."

Maka si sufi dengan tenang menjelas bahawa petunjuknya adalah
Al-Quran, pelengkapnya adalah sunnah Rasulullah SAW dan pewaris yang
mewarisi kedua-dua ini adalah ulama' yang sebenar-benar ulama'. Maka
bertambah murka si lelaki berjubah hitam tatkala mendengar
jawapan-jawapan si sufi. Si sufi pun meninggalkan lelaki berjubah
hitam itu dengan penyakit fadhilatnya.

(2)
Si sufi terus berjalan meneruskan safarnya. Kali ini si sufi melihat
sebuah gua di kaki sebatang gunung. Maka terfikirlah si sufi untuk
merehatkan tubuhnya di gua itu. Masakan tidak sudah sehari-harian dia
berjalan. Gua itu sungguh luas. Kelihatan sang kelawar berterbangan,
bergayut-gayutan. Si sufi pun melangkah masuk ke dalam gua. Tidak lupa
dia memohon kepada Allah Taala mohon dijauhkan segala malapetaka di
dalam gua. Tatkala sedang si sufi mencari-cari tapak di dalam gua
untuk merehatkan batang tubuhnya. Terdengar pula si sufi akan suara
yang ganjil. Pelik bunyinya. Sekali dengar macam orang berzikir. Dua
kali dengar seperti bunyi lembu laga yang baru lepas bertarung. Maka
mencari sufi akan arah suara itu. Suara itu semakin jelas menangkap ke
telinga si sufi. Terlihat si sufi akan sebatang tubuh manusia. Menegur
dia si sufi:
"Assalamualaikum," si sufi memberi salam.
Salamnya tidak bersambut. Lelaki itu terus dengan asyiknya
menggoyang-goyang kepalanya sambil menyebut Hu!Hu!Hu!. Tahulah si sufi
bahawa lelaki ini sedang berzikir yang sebenarnya bukan zikir.
Tiba-tiba lelaki itu memberhentikan zikirnya seraya bertanya:
"Apa yang engkau mahu wahai manusia. Tidak nampakkah engkau yang aku
sedang bersuluk," soal lelaki itu.

Maka mulalah bertanya si sufi akan gerangan apa yang sedang dilakukan
oleh lelaki tersebut. Maka menjawablah ia dengan bangganya:

"Ini zikir bukan sebarang zikir. Ini zikir rahsia. Hu!Hu! Hanya yang
ma'rifat mengetahuinya."

Maka terfikirlah si sufi akan cerita gurunya. Pada suatu masa dahulu
telah lahir segolongan manusia. Mereka ini menghabiskan masa mereka di
gua-gua. Menyuci diri dari segala dosa. Maka mereka itu pula dipimpin
seorang guru yang mereka anggap mursyid yang sebenarnya bukan mursyid.
Maka diajar kepada mereka segala jenis zikir rahsia. Zikir untuk
mereka yang terpilih sahaja. Hanya yang ma'rifat mengenal ma'rifat.
Maka berbondong-bondonglah manusia datag kepada guru yang kononnya
mursyid ini sambil memohon keberkatan yang sebenarnya penyesatan. Maka
dihantar mereka itu ke serata gunung-ganang, bukit-bukau dan ada pula
yang duduk di dalam liang lahad untuk menycui diri. Berzikirlah mereka
dengan zikir rahsia yang penuh rahsia. Tersebarlah pula berita
kononnya mereka yang mengamalkan zikir rahsia ini boleh terbang di
angksaraya.

Maka si sufi itu pun mula berbicara:

"Sejak bilakah pula ada rahsia di dalam agama kita. Rasulullah SAW
dihantar untuk menyebar agama. Bukankah sifat baginda Tabligh iaitu
menyampaikan. Tak pernah pula baginda sebut tentang zikir rahsia.
Bahkan tak pernah pula di dalam riwayatnya baginda megamalkan zikir
Hu!Hu1 seperti yang tuan buat tadi."

Maka marah lah si petapa. Dengan bengis ia berkata:

"Ah apa yang engkau tahu wahai sufi yang hina. Aku ini ma'rifat bukan
seperti engkau yang pandangan terhijab. Kau tahu jika sekarang aku
mahu terbang ke angkasaraya aku mampu melakukannya. Jika sekarang aku
ingin mencelikkan si buta nescaya berkuasa aku mencelikkannya. Engkau
belum mencapai tahap ma'rifat. Kau tidak tahu segala isi yang rahsia."

Sunday, January 22, 2006

Birthday

Birthday

Sambut birthday atau dalam bahasa arab, 'Ied Milad' adalah bid'ah
kerana ia adalah suatu upacara sambutan ('Ied). Maksud Ied ialah ia
disambut saban tahun dan dalam Islam, hak utk menetapkan apa yg perlu
disambut (celebrate) ialah Allah dan Rasul shj.

Sambutan atau Ied (festival and celebration) juga ditentukan oleh
syari'ah. Jika kita mencipta Ied, maka ia juga adalah bid'ah.

[Fatwa syaikh Muhamad salih alUthaimiin, syarah Kitab atTawhid lil Imam
Muhammad abdul Wahab, Jld 1/382]

Hukuk kedua bagi bithday ialah: tasyabbuh atau menyerupai kuffar.

Fatwa Qardhawi:

Aku tidak nampak apa kelebihan menyambut birthday kerana ia (umur)
diberi Allah kepada setiap manusia, saban tahun umur pasti meningkat...

Aku menyarankan perayaan ni diganti dengan perayaan utk memotivasikan
anak-anak; contohnya sambutan sempena seorang kanak-kanak mampu
menghafal 10 surah, 30 surah, 1 juz. sambutan kerana seorang anak
mendapat 5A, 8A dalam periksa, sambutan kerana berjaya menghafadz 40
hadith anNawawi...

Sambutan ini lebih bermakna dan bermotivasi dari sambutan umur
meningkat yg tidak signifikan kerana semua manusia diberi penambahan
umur tanpa kecuali...

[fatawa mu'asirat]

Monday, January 02, 2006

Kisah 4 Isteri....

Kisah 4 Isteri....

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.

Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.

Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...
----------------------------------------------------------------------------------------------

Hai, berjumpa lagi kita. semoga semua baik seadanya. hehe. skrg aku terlalu sibuk dan sibuk serta sibuk, tp masih sempat juga mengonlinekan diri. so, ari ni dalam duk melayari website rakan2 aku terjumpa artikel nie. apalagi copy paste ajelah. huhu. lagipun tiada apa nak postingkan disini. blurr sgt kebelakangan nie. oke. sehingga berjumpa lagi.

Chiossss...!!!!!

Wednesday, November 23, 2005

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat


Kepada Puteriku

Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masyaALlah!!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong...aku kecurian.”

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14610

Tuesday, November 15, 2005

Aku tinggalkan CINTA kerana DIA

Aku tinggalkan CINTA kerana DIA

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan
apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah
lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita
semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa
yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa
saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari
kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada
seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan
kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga
ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya
terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk
mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada
keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah
letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup
saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi
di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling
penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita
dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah
bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka
terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya
bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh.
Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau
menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan
Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami
bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan,
bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama
stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya
tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya,
bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri
dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.
Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya
bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat
dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia
punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan.
Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk
berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat
pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita
solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi
dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu
saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu
melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap,
saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya
perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk
waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik
dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa
sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak
dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan
saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang
pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di
situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan
sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.



Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia
menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat
bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang
mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami
agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan
bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi
dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka
anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan
menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu
yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada
suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak
mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and female except
for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I want
to hear it from your mouth that it is legal in what you have been
learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful o­ne, you can
never build it o­n what Allah has stated as wrong and proven false by
the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from
Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the
first step you make is by stepping into what He has prohibited. You
can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you
must know in every family that stands until their dying day, they have
Allah o­n their side. You can't expect Him to help you if you did the
wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak
nafsu saya sendiri.
Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah
membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah
redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan
mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari
semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya.
Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk
menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan
kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya
selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells
you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.
Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya,
tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh
kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh
lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya
dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia,
inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan
kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah
saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan
berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami
dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang
tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang
akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk
seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam
seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah
hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan
umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali
ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya.
InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya
saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insane yang amat mulia
sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu
bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."



Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki
dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan
puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan

-dr sorg sahabat-

Thursday, November 10, 2005

Apa hukum Keluarga Berencana?

Pertanyaan:
Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya: Apa hukum Keluarga Berencana?
---------------------------------------------------------

Jawaban:

Ini adalah permasalahan yang muncul sekarang, dan banyak pertanyaan
muncul berkaitan dengan hal ini. Permasalahan ini telah dipelajari
oleh Haiah Kibaril Ulama (Lembaga di Saudi Arabia yang beranggotakan
para ulama) di dalam sebuah pertemuan yang telah lewat dan telah
ditetapkan keputusan yang ringkasnya adalah tidak boleh menggunakan
pil-pil untuk mencegah kehamilan.

Karena Allah Subhanahu wa Ta'ala mensyariatkan untuk hamba-Nya sebab-
sebab untuk mendapatkan keuturunan dan memperbanyak jumlah umat.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Artinya : Nikahilah wanita yang banyak anak lagi penyayang, karena
sesungguhnya aku berlomba-lomba dalam banyak umat dengan umat-umat
yang lain di hari kiamat dalam riwayat yang lain : dengan para nabi
di hari kiamat)". [Hadits Shahih diriwayatkan oleh Abu Daud 1/320,
Nasa'i 2/71, Ibnu Hibban no. 1229, Hakim 2/162 (lihat takhrijnya
dalam Al-Insyirah hal.29 Adazbuz Zifaf hal 60) ; Baihaqi 781, Abu
Nu'aim dalam Al-Hilyah 3/61-62]

Karena umat itu membutuhkan jumlah yang banyak, sehingga mereka
beribadah kepada Allah, berjihad di jalan-Nya, melindungi kaum
muslimin -dengan ijin Allah-, dan Allah akan menjaga mereka dan tipu
daya musuh-musuh mereka.

Maka wajib untuk meninggalkan perkara ini (membatasi kelahiran),
tidak membolehkannya dan tidak menggunakannya kecuali darurat. Jika
dalam keadaan darurat maka tidak mengapa, seperti :

[a]. Sang istri tertimpa penyakit di dalam rahimnya, atau anggota
badan yang lain, sehingga berbahaya jika hamil, maka tidak mengapa
(menggunakan pil-pil tersebut) untuk keperluan ini.

[b]. Demikian juga, jika sudah memiliki anak banyak, sedangkan isteri
keberatan jika hamil lagi, maka tidak terlarang mengkonsumsi pil-pil
tersebut dalam waktu tertentu, seperti setahun atau dua tahun dalam
masa menyusui, sehingga ia merasa ringan untuk kembali hamil,
sehingga ia bisa mendidik dengan selayaknya.

Adapun jika penggunaannya dengan maksud berkonsentrasi dalam
berkarier atau supaya hidup senang atau hal-hal lain yang serupa
dengan itu, sebagaimana yang dilakukan kebanyakan wanita zaman
sekarang, maka hal itu tidak boleh.

Sumber:

[Fatawa Mar'ah, dikumpulkan oleh Muhammad Al-Musnad, Darul Wathan,
cetakan pertama 1412H]

SUMBER: http://fatwa-ulama.com/more.php?ID=580

Monday, October 31, 2005

Luahan rasa dari seorang sahabat

Luahan rasa dari seorang sahabat...........
--------------------
Wahabi Adalah Wahabi

Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku semakin bingung siapa itu Wahabi

Namun ...

Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi... Biarlah aku dipanggil Wahabi

Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah daridiikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi

Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari Nabi...Biarlah aku dipanggil Wahabi

Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
Biarlah aku dipanggil Wahabi
Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
Biarkan aku dipanggil Wahabi
Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
Biarlah aku terus dipanggil Wahabi

ABU SYAKIR 12-SEP-2005
_________________
<http://kadir-alqayyim.blogspot.com/>